KOPERASI KELUARGA SALWA IPOH BERHAD
SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk dan mula berkuatkuasa
1. (1) Undang-undang
Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil
Koperasi Keluarga Salwa Ipoh Berhad.
(2) Undang-undang
Kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh
ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya.
Tafsiran
2. Di dalam Undang-undang Kecil ini,
melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─
“Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan
pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
“anggota” termasuklah
seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang
telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang
diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas
pendaftaran, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat
oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang
dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993,
Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;
“dividen” ertinya bahagian keuntungan Koperasi
ini yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar modal syer dan modal
yuran yang dipegang oleh mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2
Akta Koperasi 1993;
“elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada
seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa audit dalaman bagi Koperasi ini
sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara
tetap;
“garis panduan” ertinya garis panduan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada koperasi dari
semasa ke semasa;
“honorarium” ertinya suatu bahagian keuntungan
bersih teraudit Koperasi yang diagihkan antara beberapa atau semua anggota
Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi
saraan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi
1993;
“kawasan operasi” ertinya kawasan di mana
Koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya;
“kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh
didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan Orang-Orang Tak
Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua
kepada Akta itu;
“Koperasi” atau "Koperasi ini" ertinya
Koperasi Keluarga Salwa Ipoh Berhad;
“Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini
yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Menteri” ertinya Menteri yang
dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi,
setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah
ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga,
Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan
dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Pengerusi
Eksekutif” ertinya
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia , sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
“potongan
langganan” ertinya
bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan
anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh
mereka dengan Koperasi ini dan yang daripadanya keuntungan Koperasi ini diperoleh, sebagaimana
yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“prinsip koperasi” termasuklah─
(a) keanggotaan sukarela dan terbuka;
(b) kawalan demokratik oleh
anggota;
(c) penglibatan ekonomi oleh anggota;
(d) autonomi dan kebebasan
(e) pendidikan, latihan dan maklumat;
(f) kerjasama antara koperasi;
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta
Koperasi 1993;
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan,
pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena
dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana
yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian
kesalahan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“simpanan
khas” ertinya
wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat
nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang
dinyatakan yang dibenarkan di bawah Peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“subsidiari” ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana
yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya
atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau
yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi
ini, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta itu, bagi syarikat itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“syer” ertinya bahagian dalam modal syer
Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan
keanggotaannya dalam Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Undang-undang Kecil” ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh
Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi
1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana
yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“wang
berlebihan” ertinya
tertakluk kepada Peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi
ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh
didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan
pengendalian perniagaan itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2
Akta Koperasi 1993;
“yuran” ertinya jumlah wang yang
disumbangkan pad lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan
dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali
menurut syarat yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil atau apabila tamat keanggotaannya,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut Seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
Perkataan
perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing masing hendaklah meliputi
tunggal dan jamak dan perkataan yang bererti jenis hendaklah juga meliputi
jenis perempuan.
Perubahan dari segi nahu, jenis
jantina dan bilangan
3 (1)
Jika mana-mana perkataan atau perbahasan ditakrif dalam sesuatu undang-undang bertulis takrif itu hendaklah
diperluaskan kepada segala
perubahan - perubahan nahu dan perbahasan-perbahasan
kognat perkataan itu atau perbahasan yang ditakrifkan.
(2)
Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan jenis lelaki meliputi perempuan.
(3)
Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan tunggal meliputi bilangan jamak, dan
perkataan-perkataan dan
perbahasanperbahasan dalam bilangan jamak meliputi bilangan tunggal.
BAHAGIAN II
NAMA, ALAMAT BERDAFTAR
DAN KAWASAN OPERASI
Nama
4..Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah
dinamakan Koperasi Keluarga Salwa Ipoh Berhad..
Alamat
5. (1)
Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah No.37 Jalan Mawar, Kampung Tersusun
Kopisan , 31600
Gopeng, Perak..
(2) Koperasi hendaklah memberitahu kepada
Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat
menurut seksyen 11 Akta.
Kawasan operasi
6. Kawasan operasi
Koperasi ini ialah Seluruh Negeri Perak
kecuali Daerah Hulu Perak.
BAHAGIAN III
MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI
Matlamat
7. Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk
meningkatkan kepentingan ekonomi
anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Fungsi
8. Fungsi utama Koperasi ini ialah Pengguna.
Aktiviti
9. (1) Bagi mencapai matlamat dan
fungsi menurut undang-undang kecil
7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:
(a) menjalankan perniagaan pasarmini
/ kedai runcit;
(b) menjalankan perniagaan pelancongan;
(c) menjalankan aktiviti perladangan ;
(d) menjalankan lain lain aktiviti yang
dapat mendatangkan faedah
kepada anggota anggota koperasi..
(2) Bagi menjayakan aktiviti menurut
fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan─
(a) modal dengan cara mengumpul syer,
deposit, pinjaman atau
simpanan khas daripada anggota; dan
(b) deposit atau pinjaman daripada bukan
anggota dengan kelulusan
Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen
52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.
(3) Bagi mengendalikan sesuatu
aktiviti menurut fasal (1), Lembaga hendaklah
membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan satu salinan hendaklah
dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam
tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat
agung itu.
(4) Bagi
maksud perenggan 50 (e) Akta, sesuatu Koperasi hendaklah─
(a) Menyatakan dalam undang-undang
kecilnya, aktiviti yang
berhubungan dengan deposit atau pinjaman daripada anggota atau bukan anggota;
(b) menyatakan terma dan syarat bagi
setiap aktiviti dalam aturan
yang berasingan;
(c) membentangkan aturan itu dalam
mesyuarat agung untuk
kelulusan; dan
(d) mengemukakan aturan itu kepada
Suruhanjaya dalam masa
tiga puluh hari selepas aturan itu diluluskan oleh mesyuarat agung. Walau apapun Suhanjaya boleh mengarahkan
supaya aturan dipinda, jika perlu, demi kepentingan
koperasi.
(5) Walau
apapun peruntukan undang-undang kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada
peruntukan mana- mana
undang-undang bertulis lain.
BAHAGIAN IV
KEANGGOTAAN
Anggota
10. Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama
dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit
mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota
menurut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran.
Kelayakan
menjadianggota
11.
(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua keluarga Almarhum Salmah bt Ali dan Almarhum Abdul Wahab Fenner ...
(2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah─
(a) warganegara Malaysia ;
(b) telah mencapai umur lapan belas
tahun;
(c) bukan seorang yang terhadapnya masih
berkuatkuasa suatu
sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap
yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada
keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu
tahun.
Permohonan menjadi anggota
12. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam
borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau
pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Fi masuk
13. (1) Tiap-tiap permohonan menjadi
anggota hendaklah disertakan dengan
fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Puluh). Fi masuk
itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh
Lembaga.
(2) Bekas
anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sama sebanyak RM50.00
(Ringgit: Lima
puluh).
(3) Penama
atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak
dikenakan fi masuk.
(4)Semua fi
masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
Ikrar
anggota
14. (1) Seseorang yang memohon untuk
menjadi anggota hendaklah
menandatangan suatu ikrar bahawa dia─
(a)
akan
terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
(b)
bukan
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu
sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
(d) tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi
dalam tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana
pemohon yang enggan menandatangan ikrar tersebut
tidak boleh diterima menjadi anggota.
(3) Seseorang yang telah menjadi
anggota dengan sebab turut sama dalam
membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan Koperasi ini, dikehendaki
menandatangan ikrar menurut fasal
(1) dalam tempoh empat puluh lima
hari selepas diterima perakuan
pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangan ikrar tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.
Penerimaan
menjadi anggota
14. Permohonan menjadi anggota
hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima
atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebabnya. Seseorang yang
diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh
tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
Perolehan
hak, kewajipan dan liabiliti anggota
15. Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap
anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00 (Ringgit
Malaysia :
Satu ratus) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan
liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam
Undang-undang Kecil ini.
Pemberian
Undang-undang Kecil
16. Tiap-tiap anggota hendaklah diberi
dengan percuma satu naskah Undang-undang Kecil ini. Naskah tambahan akan
dikenakan bayaran.RM10 (Ringgit Malaysia
Sepupuh)
Penama
17. (1) Tiap-tiap
anggota hendaklah menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk menerima setelah dia mati, wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini
bagi diagihkan kepada waris yang berhak
mengikut hukum Islam.
(2)
Anggota itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan tersebut dan hendaklah
memberitahu Koperasi akan perubahan,
jika ada, mengenai penamaan itu.
(3) Penamaan hendaklah dibuat dalam
borang rasmi Koperasi.
(4)
Tertakluk kepada undang-undang kecil 11, seseorang penama boleh diterima menjadi anggota dan penama
yang demikian itu hendaklah
dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya itu diterima sebagai anggota.
Liabiliti
anggota
18. (1) Liabiliti seseorang anggota hendaklah terhad kepada
jumlah syer yang dimilikinya sekiranya
pendaftaran Koperasi ini dibatalkan.
(2) Liabiliti
seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh keanggotaannya terhenti, menurut subseksyen 35(1)
Akta.
(3)
Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati tidak bertanggungan bagi hutang Koperasi ini, sebagaimana yang ada pada tarikh kematiannya,
melebihi tempoh dua tahun dari tarikh kematian
itu menurut subseksyen 35(2) Akta.
(4)
Harta pusaka menurut fasal (3) adalah syer dan yuran dalam Koperasi ini.
Hilang kelayakan sebagai anggota
19. Seseorang anggota akan hilang
kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia─
(a)
tidak upaya dari segi
mental;
(b) seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan
boleh daftar;
(d) telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama
satu tahun belum lagi berlalu dari
tarikh pembuangan itu; atau
(e)
tidak lagi
bermastautin, mempunyai hartanahdan bekerja
dalam kawasan operasi Koperasi.
Terhenti
menjadi anggota
20. (1) Keanggotaan seseorang anggota terhenti
atas sebab berikut:
(a) mati;
(b) menarik diri menurut undang-undang kecil 22; atau
(c) dibuang menurut undang-undang kecil 23.
(2)
Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang─
(a) didapati membuat ikrar palsu menurut undang-undang kecil 14;
(b) hilang kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20;
(c) terhenti keanggotaannya menurut perenggan (c) fasal (1);
atau
(d) gagal menjelaskan syer minimum menurut undang-undang kecil 54.
Menarik diri
21. (1)Seseorang
anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih
dahulu kepada Lembaga. Atas sebab yang
munasabah, Lembaga boleh membenarkan
penarikan diri dalam tempoh yang singkat.
(2) Melainkan
tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari
genap tempoh notisnya.
(3) Dalam
tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
Penggantungan dan pembuangan anggota
22. (1) Lembaga boleh menggantung
keanggotaan seseorang jika majoriti
anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota itu telah bertindak mengikut suatu cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi jika didapati melakukan mana-mana satu daripada
perkara berikut:
(a) merujukkan pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada
Suruhanjaya;
(b) membuat kenyataan dalam akhbar atau mana-mana media massa mengenai Koperasi ini tanpa kebenaran Lembaga;
(c) membuat tuduhan palsu
ke atas anggota Lembaga atau anggota
atau bekas anggota atau pekerja Koperasi ini;
(d) memburuk-burukkan
Koperasi sehingga mencemarkan nama
baik dan menjejaskan urusan perniagaan Koperasi ini; atau
(d) bertindak di luar etika mesyuarat di dalam mana-mana mesyuarat sehingga
menjejaskan perjalanan mesyuarat itu.
(2) Keputusan
untuk menggantung keanggotaan mana-mana anggota
boleh dibuat oleh Lembaga hanya setelah anggota berkenaan itu diberitahu secara bertulis mengenai
tuduhan yang jelas terhadapnya.
Anggota berkenaan hendaklah diberi peluang untuk
menyatakan sebab secara bertulis dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh surat
diterima mengapa keanggotaannya tidak boleh
digantung.
(3)Tiap-tiap
kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat agung yang terawal dan dijadikan sebagai fungsi
pertama mesyuarat, dan anggota yang
digantung keanggotaannya itu hendaklah
diberitahu secara bertulis tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat,
tentang tarikh, masa, tempat dan haknya
untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu.
(4)Keputusan
mengesahkan penggantungan dan membuang atau mengenepikan
penggantungan itu boleh dibuat oleh mesyuarat agung
dengan undi dua pertiga daripada anggota yang hadir-
(a)
selepas mendengar penjelasan daripada anggota berkenaan
sekiranya anggota berkenaan hadir; atau
(b)
selepas menimba fakta pertuduhan yang dibentangkan oleh Lembaga, sekiranya anggota tersebut tidak
hadir.
(5)Sehingga
perkara penggantungan keanggotaannya diputuskan oleh mesyuarat agung, anggota yang berkenaan itu tidak
mempunyai apa-apa hak dan
kewajipan sebagai anggota melainkan hak menyuarakan
hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat
agung.
Penyelesaian
wang anggota
23. (1) Jika seseorang anggota terhenti
daripada menjadi anggota Koperasi ini menurut undang-undang kecil 21,
semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer dan yuran miliknya, setelah
ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah─
(a) sekiranya dia
ditamatkan keanggotaannya, dikembalikan kepadanya
dengan segera tanpa apa-apa syarat;
(b) sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau
pemegang amanah bagi hartanya yang telah
dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima
itu ditentukan;
(c) sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau
wakilnya yang sah, menurut seksyen 24 Akta,
disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya
yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika
selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak
dilantik;
(d) sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh
notis; dan
(e) sekiranya dia tidak
lagi bermastautin, mempunyai hartanah
dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi, dikembalikan
kepadanya dengan sewajarnya.
(2) Penyelesaian
mengenai syer dan yuran seseorang yang terhenti keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit terakhir Koperasi ini, hendaklah tertakluk
kepada peruntukan undang-undang
kecil 56 dan 57.
BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN
PENGURUSAN KOPERASI
Mesyuarat agung
24. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta,
Peraturan, arahan atau garis panduan
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung,
menurut seksyen 36 Akta, yang
padanya tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.
(2) Mesyuarat
agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas.
Mesyuarat agung tahunan
25. Mesyuarat agung tahunan menurut
subseksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan
selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang
sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat agung khas
26. (1) Lembaga pada
bila-bila masa boleh, atau apabila ada rekuisisi yang ditandatangan oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau
satu ratus anggota mengikut mana yang kurang hendaklah,
memanggil suatu mesyuarat agung khas
menurut subseksyen 40(1) Akta.
(2) Suruhanjaya
atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya
menurut subseksyen 40(2) Akta, boleh memanggil pada bila-bila masa suatu mesyuarat agung khas, mengikut cara,
masa dan tempat yang diarahkannya,
dan boleh menentukan perkara yang hendaklah
dibincangkan oleh mesyuarat itu, dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada
kaedah yang sama seperti
mesyuarat agung yang dipanggil menurut Akta atau
Undang-undang Kecil ini.
Notis mesyuarat agung
27. (1) Notis bagi sesuatu
mesyuarat agung hendaklah diberi kepada anggota
dalam tempoh tidak kurang daripada lima
belas hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
(2) Notis hendaklah menentukan tarikh,
masa, tempat dan fungsi mesyuarat
dan bagi mesyuarat agung tahunan hendaklah disertakan─
(a)akaun dan kunci
kira-kira Koperasi ini dan subsidiarinya, bheldit;
(b) belanjawan bagi tahun kewangan yang akan datang;
(c) laporan Lembaga;
(d) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
(e) dokumen lain yang berkaitan.
(3) Satu
salinan notis hendaklah dipamerkan di pejabat Koperasi ini dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan
di dalam mana-mana akhbar
tempatan.
(4) Menurut
seksyen 41 Akta, Lembaga hendaklah memberi kepada uruhanjaya notis bertulis yang mengandungi maklumat tentang tarikh, masa, tempat dan fungsi mesyuarat agung
yang akan diadakan oleh Koperasi dalam
tempoh tidak kurang daripada tiga puluh
hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
Kuorum mesyuarat agung
28. (1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat
agung tahunan dan mesyuarat agung khas
bagi apa-apa maksud adalah seperti yang ditetapkan di g khas kerana meminda Undang-undang Kecil ini, hendaklah dua pertiga dari jumlah
anggota atau 50 anggota, melainkan kuorum terkurang
dibenarkan oleh Suruhanjaya menurut Peraturan.
(3) Bagi
sesuatu mesyuarat agung khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya menurut fasal (2) undang-undang kecil 27 yang ditunda─
(a) kuorum hendaklah tidak kurang daripada dua kali ganda bilangan anggota Lembaga atau
dua puluh orang mana yang
lebih; dan
(b) keputusan boleh dibuat
dengan kelebihan undi dua pertiga
daripada anggota yang hadir dan layak mengundi menurut Akta dan Peraturan.
Undi mesyuarat agung tahunan dan
mesyuarat agung khas
29. (1) Semua perbahasan
kecuali yang berkaitan dengan pindaan Undang-undang
Kecil dan pombuangan anggota di bawah fasal (4) undang-undang kecil 23 hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota yang hadir
sebagaimana di dalam daftar kehadiran.
(2) Jika
undi sama banyak, maka usul yang diundi itu hendaklah disifatkan kalah. Anggota yang berkecuali dianggap
tidak menyokong usul itu.
(3) Pengerusi
mesyuarat tidak mempunyai undi pemutus.
Pembatalan dan penangguhan mesyuarat
agung tahunan
30. (1) Jika
selepas tiga puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung tahunan itu, bilangan
yang hadir masih belum mencukupi
kuorum, maka mesyuarat agung tahunan itu bolehlah
dibatalkan dan hendaklah dipanggil semula oleh Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh mesyuarat agung yang dibatalkan dengan membincangkan
fungsi mesyuarat yang sama.
(2) Notis
tidak perlu bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu.
Pembatalan dan tundaan mesyuarat agung khas
30A. (1) Jika selepas tiga
puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung khas itu bilangan anggota yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka
mesyuarat agung itu –
(a) dibatalkan, jika
dipanggil oleh Lembaga atau atas rekuisisi
anggota; atau
(b) ditunda, jika
dipanggil oleh Suruhanjaya menurut subseksyen
40(2) Akta.
(2) Bagi
mesyuarat yang ditunda menurut perenggan (b) fasal (1) –
(a)
Tarikh mesyuarat tertunda hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari tetapi tidak
melebihi daripada tiga puluh
hari; dan
(b)
Notis penundaan hendaklah disampaikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat yang
ditunda.
(3) Perkara yang telah
dicadangkan bagi mesyuarat agung yang ditunda hendaklah dibincangkan
pada mesyuarat tertunda itu. Jika terdapat perubahan kepada
perkara yang telah dicadangkan itu, notis baru
menurut fasal (1) undang-undang kecil 28 hendaklah diberi kepada
tiap-tiap anggota bagi mesyuarat tertunda itu.
Fungsi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat
agung khas
31. (1)Menurut mesyuarat agung tahunan
hendaklah termasuk yang berikut:
(a) mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang terdahulu dan
mana-mana mesyuarat agung khas yang berselang;
(b) menimbang laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
(c) menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya,
jika ada, termasuk pembahagian keuntungan bersama
dengan laporan juruaudit;
(d)memilih anggota
Lembaga;
(e) menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan
datang;
(f) membentangkan laporan berkenaan dengan penerimaan deposit dan
pinjaman daripada anggota dan bukan anggota;
(g) meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang
dilantik sebagai pengarah bagi
subsidiari Koperasi, jika ada;
(h) meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua
orang juruaudit yang diluluskan oleh
Suruhanjaya dan seorang pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi;
(i) menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang
dibiayai oleh wang lebihan Koperasi;
(j) menimbang dan meluluskan surat cara deposit atau pinjaman;
(k) menentukan had maksimum keterhutangan;
(l)) melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang
anggota Lembaga untuk menentusahkan
draf minit mesyuarat agung tahunan;
(m) mengisytihar atau menerbitkan syer bonus, jika ada;
(n) mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan
perniagaan lain Koperasi yang baginya
suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan;
(o) menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada
Undang-undang Kecil Koperasi;
(p) mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang baginya suatu notis
yang tidak kurang daripada tujuh hari telah
diberikan kepada Koperasi ini, yang dikemukakan oleh mana-mana anggota yang terkilan dengan keputusan Lembaga;
dan
(q) menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang dikehendaki supaya
dikemukakan menurut Peraturan, jika ada.
(2) Walau
apapun fasal (1), fungsi di dalam perenggan (g), (h), (i), (j), (k), (l), (m), (n), (o), (p) dan (q) bolehlah
diputuskan dalam mesyuarat agung
khas di bawah subseksyen 40(1) Akta.
(3) Walau
apapun fasal (1), mesyuarat agung khas yang akan diadakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 40(2)
Akta boleh menjalankan kesemua
atau mana-mana fungsi di bawah fasal (1).
Pengerusi mesyuarat agung
32. (1) Mesyuarat
hendaklah memilih mana-mana anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas.
(2) Walau
apapun fasal (1) mesyuarat agung khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 40(2) Akta boleh dipengerusikan oleh mana-mana
orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya.
Lembaga
Koperasi
33. Lembaga Koperasi hendaklah
mengandungi sembilan orang yang terdiri daripada
anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung, menurut seksyen 42 Akta dan
perenggan (d) fasal
(1) undang-undang kecil 32.
Kelayakan menjadi anggota Lembaga
34. (1)
Tiada seorang pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia─
(a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta;
(b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu Koperasi;
(c) menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini;
(d) ada percanggahan kepentingan dalam mana-mana aktiviti yang
diusahakan oleh Koperasi ini; atau
(e) belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Koperasi
yang telah didaftarkan melebihi dua tahun.
(2)
Walau apapun fasal (5) undang-undang kecil 18, seorang penama atau wakil yang diterima menjadi anggota yang
belum genap tempoh dua tahun dari
tarikh diterima menjadi anggota tidak layak untuk
dipilih menjadi anggota Lembaga.
Tempoh
memegang jawatan anggota Lembaga
35. (1) Sekurang-kurangnya
satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah
mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.
(2) Aturan
yang ditetapkan menurut fasal (1) hendaklah bergilir-gilir tiap-tiap tahun bagi dua pertiga anggota
Lembaga yang selainnya supaya
pada permulaan tahun keempat atau lebih awal daripada itu, kesemua anggota Lembaga hendaklah telah mengosongkan
jawatan masing-masing
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tigatahun sebelum itu.
(3) Pelantikan
seseorang anggota Lembaga yang dibuat menurut subsubperenggan
69(1)(iv)(B) Akta tidak tertakluk kepada fasal (2).
(4) Sekiranya
mesyuarat agung tahunan tidak diadakan maka penggiliran
pengosongan jawatan tetap berlaku. Pengguguran akan berlaku pada mesyuarat agung tahunan yang terdekat
diadakan.
(5) Kekosongan
jawatan anggota Lembaga hendaklah dalam tempoh enam
puluh hari dari tarikh kekosongan itu diisi oleh Lembaga dengan melantik mana-mana anggota yang
berkelayakan dan perkhidmatannya
hendaklah tamat sehingga mesyuarat agung tahunan
akan datang.
Lucut dan penggantungan jawatan anggota Lembaga
36. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah lucut jawatannya dengan sendiri berkuat kuasa serta-merta jika dia─
(a) disabitkan atas
kesalahan boleh daftar atau kesalahan menurut
Akta atau Peraturan;
(b) menerima apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini;
(b)
tidak hadir di dalam
mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut,
melainkan dengan sebab yang boleh diterima oleh
Lembaga yang telah dimaklumkan terlebih dahulu; atau
(c)
hilang kelayakan
sebagai anggota, menurut undang-undang
kecil 20.
(2)
Seseorang anggota Lembaga hendaklah digantung dari jawatannya jika─
(a) sesuatu langkah perbicaraan diambil terhadap anggota Lembaga itu mengenai sesuatu
kesalahan boleh daftar atau sesuatu
kesalahan menurut subseksyen 47(1) Akta; atau
(b) majoriti anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota Lembaga itu telah bertindak
dengan cara yang memudaratkan
kepentingan Koperasi ini, menurut Peraturan.
(3) Tiap-tiap
kes penggantungan menurut perenggan (b) fasal
(2), hendaklah─
(a) didengar oleh mesyuarat agung yang terawal diadakan selepas penggantungan itu;
(b) anggota itu telah diberitahu secara bertulis akan kesalahannya
dalam masa tujuh hari sebelum diadakan mesyuarat
agung; dan
(c) anggota itu diberi peluang membela diri dalam mesyuarat
agung itu.
(4) Anggota
Lembaga yang dikenakan tindakan penggantungan itu hendaklah
–
(a) Diberhentikan
semua hak atau fungsi atau tugas berkenaan
dengan jawatan itu; dan
(b) Diberhentikan
semua saraan yang diterima semasa memegang jawatan.
(5) Keputusan
mengesahkan pemecatan atau mengetepikan penggantungan
jawatan anggota Lembaga itu hendaklah dibuat oleh mesyuarat agung dengan undi majoriti anggota yang hadir-
(a) Selepas mendengar
penjelasan daripada anggota Lembaga
itu sekiranya dia hadir; atau
(b) Selepas
mendengar dan menimbangkan fakta pertuduhan
yang dibentangkan oleh Lembaga, sekiranya dia
tidak hadir.
(6) Jika
mesyuarat agung mengesahkan penggantungan menurut
fasal
(5), dia hendaklah dipecat jawatannya dengan serta merta.
(7)Jika
mesyuarat agung mengetepikan penggantungannya maka
semua
saraan yang sepatutnya diterima boleh dibayar kepadanya.
Penamatan perlantikan anggota Lembaga
37. (1) Walau
apa pun peruntukan fasal (1) undang-undang kecil 36, mesyuarat agung mempunyai kuasa menurut Peraturan─
(a) untuk menamatkan pelantikan mana-mana atau kesemua anggota
Lembaga pada bila-bila masa; dan
(b) memilih gantinya dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk
menamatkan pelantikan anggota Lembaga itu hendaklah
disampaikan kepada Koperasi dalam tempoh tujuh
hari sebelum mesyuarat agung itu diadakan.
(2) Keputusan
untuk menamatkan pelantikan seseorang atau kesemua
anggota Lembaga hanya boleh dibuat selepas mesyuarat agung itu mendengar penjelasan anggota Lembaga yang
terlibat.
(3) Anggota
Lembaga yang ditamatkan pelantikannya menurut undang-undang
kecil ini tidak boleh dilantik semula sehingga mesyuarat
agung tahunan yang akan datang.
Mesyuarat Lembaga
38. (1) Mesyuarat
Lembaga pertama hendaklah─
(a) diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung tahunan;
dan
(b) melantik di kalangan anggota Lembaga seorang pengerusi,
setiausaha dan bendahari.
(2) Mesyuarat
Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh dua bulan.
(3) Mesyuarat
Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya─
(a) Suruhanjaya
mengeluarkan arahan; atau
(b) Lima orang anggota Lembaga
membuat permintaan bertulis
menyatakan perkara yang hendak dibincangkan.
(4) Keputusan
mesyuarat anggota Lembaga adalah sah walaupun─
(a)
ketidakhadiran
mana-mana anggota Lembaga;
(b) terdapat kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan
mana-mana anggota Lembaga atau
pembentukan Lembaga;
(c) terdapat peninggalan, kecacatan atau salah aturan mesyuarat; atau
(d) kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan anggota Lembaga.
(5) Lembaga
boleh mengundang mana-mana orang ke mesyuarat─
(a) untuk memberi nasihat berkenaan dengan apa-apa perkara yang
dibincangkan;
(b) tetapi orang tersebut tidak boleh mengundi; dan
(c) orang itu boleh dibayar elaun atau perbelanjaan lain sebagaimana yang
ditentukan oleh Lembaga.
(6) Semasa
ketiadaan pengerusi, seorang daripada anggota Lembaga
lain yang hadir boleh dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat.
Kuorum mesyuarat Lembaga
39. Kuorum mesyuarat Lembaga hendaklah
melebihi satu perdua daripada bilangan anggota Lembaga menurut
undang-undang kecil 34.
Urusan mesyuarat Lembaga
40. Urusan mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk yang berikut:
(a) mengesahkan minit mesyuarat Lembaga terdahulu;
(b) membincangkan perkara berbangkit;
(c) mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan di mana berkenaan,
perkara berikut:
(i) keputusan
mesyuarat agung dan menentukan tindakan;
(ii) laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman;
(iii) laporan
pengurusan;
(iv) permohonan
menjadi anggota Koperasi;
(v) permohonan
berhenti daripada menjadi anggota;
dan
(vi) permohonan
pembiayaan Islam dan kemudahan
kredit daripada anggota;
(vii) permohonan
menambah atau mengurangkan ansuran
pinjaman; dan
(viii) permohonan
menambah atau mengurangkan caruman
syer.
(d) membentang dan meluluskan kedudukan kewangan bulanan;
(e) mengkaji dan membincangkan projek Koperasi yang sedia ada dan
subsidiari, jika ada;
(f) mengkaji, membincang dan memutuskan cadangan projek baru Koperasi
(g) mengkaji, membincang dan memutuskan─
(i)
hal-hal perjawatan;
(ii) program
latihan pekerja; dan
(iii) program
pendidikan anggota.
(h) melantik Jawatankuasa Audit Dalaman di kalangan anggota menurut
undang-undang kecil 49; dan
(i) menjalankan apa-apa urusan lain dengan memberi notis tidak kurang daripada tujuh
hari.
Undi anggota Lembaga
41 (1) Semua usul dan cadangan
hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah
undi anggota Lembaga yang hadir.
(2) Jika
bilangan undi sama banyak, maka usul atau cadangan yang diundi itu tidak diterima.
(3) Seseorang
anggota Lembaga yang ada percanggahan kepentingan
dalam perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat
hendaklah mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga
mengenai penglibatan atau percanggahan kepentingannya dalam perkara itu dan tidak mengundi atau terlibat dalam perbincangan mengenai perkara itu.
Buku minit mesyuarat Lembaga
42. (1) Segala keputusan
mesyuarat Lembaga hendaklah─
(a) diminitkan dalam tempoh tujuh hari;
(a) diminitkan dalam tempoh tujuh hari;
(b) ditandatangan oleh setiausaha mesyuarat itu; dan
(c) diedarkan kepada anggota Lembaga dalam tempoh empat belas hari.
(2) Minit
yang telah disahkan dalam mesyuarat berikutnya hendaklah ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat
tersebut.
(3) Minit
bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan─
(a) kepada Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(c) Akta; dan
(b) dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu.
Kuasa dan kewajipan
Lembaga
43. (1) Lembaga
bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan pengurusan
Koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut subseksyen
44(1) Akta.
(2) Bagi
melaksanakan tanggungjawab menurut fasal (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang berikut:
(a) melantik seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari di kalangan anggotanya di
dalam mesyuarat Lembaga yang diadakan
menurut perenggan (b) fasal
(1) undang-undang kecil
39;
(b) mengemukakan suatu
senarai anggota Lembaga yang mengandungi
butiran berikut:
(i) nama;
(ii) alamat
kediaman;
(iii) nombor
kad pengenalan;
(iv) tarikh
keanggotaan;
(v) pekerjaan;
dan
(vi) jawatan
dalam Koperasi,
dalam
tempoh lima
belas hari selepas mesyuarat agung tahunannya
kepada Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(a) Akta.
Apa-apa perubahan tentang butiran berkenaan
hendaklah dimaklumkan kepada Suruhanjaya secara
bertulis dalam tempoh lima
belas hari dari tarikh berlakunya
perubahan tersebut;
(c) menimbang dan menerima permohonan keanggotaan;
(d) meluluskan dan mengesahkan pemindahan dan penebusan
syer anggota;
(e) melantik─
(i) seorang
pegawai yang bergaji tetap; atau
(ii)
sebuah firma,
bagi
menjalankan mana-mana daripada tugas setiausaha, jika perlu, dengan syarat pegawai yang dilantik
itu tidak boleh menjadi anggota
Lembaga;
(f) menyenggara akaun bagi wang yang diterima dan yang dibelanjakan atas nama
Koperasi dengan benar dan betul;
(g) menyenggara akaun bagi harta dan liabiliti Koperasi dengan benar dan
betul;
(h) membenarkan perbelanjaan, menyemak dan mengawasi semua akaun,
buku, rekod serta dokumen Koperasi yang disenggara,
diuruskan dengan sempurna dan kemaskini;
(i)
membentangkan
kepada mesyuarat agung tahunan─
(i) akaun
perdagangan;
(ii) akaun
untung rugi;
(iii) apa-apa
penyata sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
(iv)
kunci kira-kira;
(v) laporan
Lembaga menurut subseksyen 59(3) Akta;
(vi) laporan
juruaudit; dan
(vii) pandangan
Suruhanjaya mengenai akaun dan kunci
kira-kira, jika ada, bagi koperasi dan subsidiari;
(j) membuat perakuan pembahagian keuntungan bersih dan pengisytiharan syer
bonus Koperasi, jika ada kepada mesyuarat
agung tahunan;
(k) mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyata dan surat arahan Suruhanjaya atau wakilnya;
(l) membentang laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dalam mesyuarat agung
tahunan;
(m) memenuhkan jawatan kosong yang berlaku di dalam Lembaga, menggantung
keanggotaan anggota dan anggota Lembaga
serta menyingkirkan keanggotaan menurut fasal (2)
undang-undang kecil 21 dan melucutkan jawatan anggota
Lembaga;
(n) memanggil mesyuarat agung menurut Undang-undang Kecil;
(o) membuat perjanjian bagi mendapatkan pinjaman tertakluk
kepada kelulusan mesyuarat agung;
(p) melantik pekerja termasuk pengurus dengan mengeluarkan
surat rasmi
yang mengandungi terma dan syarat
perkhidmatan;
(q) bertindak atas nama dan bagi pihak Koperasi atau melantik seseorang
wakil bagi menyelesaikan segala pertikaian
Koperasi atau menjalankan dan memberhentikan mana-mana
tindakan mahkamah;
(r) melabur wang berlebihan menurut keputusan mesyuarat agung dan tertakluk kepada
peruntukan Akta dan Peraturan;
(s) mengkaji dan merancang projek yang memberi manfaat kepada anggota dan Koperasi
dengan melaksanakan projek mengikut
keputusan mesyuarat agung;
(t) melaksanakan projek dan memberi peluang kepada anggota untuk─
(i)
mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek;
atau
(ii) menyumbangkan
modal tambahan atau simpanan
khas sebagaimana yang dipersetujui;
(u) memasuki perjanjian bagi pihak Koperasi dan dimeterai dengan mohor Koperasi serta
ditandatangani oleh pengerusi,
setiausaha dan bendahari atau orang lain yang diberi
kuasa oleh Lembaga;
(v) melantik wakil di kalangan anggotanya untuk menghadiri mesyuarat mana-mana koperasi
yang dianggotainya;
(w) menubuhkan jawatankuasa, jika perlu, bagi menjalankan aktiviti
Koperasi dengan sempurnanya dan mewakilkan kuasa
kepadanya dari semasa ke semasa mengikut keputusan
Lembaga;
(x) membuat aturan aktiviti dari semasa ke semasa bagi pelaksanaan
aktiviti Koperasi dengan kelulusan mesyuarat agung
dan mengemukakan satu salinannya dalam tempoh tiga
puluh hari kepada Suruhanjaya menurut fasal (3) undang-undang kecil
9;
(y) mencadangkan belanjawan termasuk elaun kepada anggota Lembaga dan
Jawatankuasa Audit Dalaman untuk dibentangkan
di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
(z) mencadangkan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah
bagi subsidiari Koperasi untuk dibentangkan
di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
(aa) mengawasi
kecekapan, tatatertib dan daya usaha semua
pegawai dan pekerja Koperasi dalam menunaikan tugas
dan tanggungjawab mereka;
(bb) memastikan kerahsiaan
maklumat perniagaan Koperasi dan
anggotanya terpelihara; dan
(cc) melaksanakan tugas
lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Akta, Peraturan, perintah, garis panduan, arahan Suruhanjaya, Undang-undang Kecil dan mesyuarat
agung dari semasa ke
semasa.
(3)
Seseorang anggota Lembaga yang memegang suatu jawatan atau memiliki sesuatu harta atau kepentingannya berkaitan perniagaan dengan Koperasi yang,
sama ada secara langsung atau tidak
secara langsung, suatu kewajipan atau suatu kepentingan yang mungkin wujud, yang bercanggah dangan
kewajipan atau kepentingannya
sebagai anggota Lembaga Koperasi ini hendaklah mengisytiharkan
di dalam mesyuarat Lembaga pertama yang diadakan
selepas:
(a)
Pelantikannya, atau
(b)
Dia memiliki harta atau perniagaan tersebut,
mengenai
hakikat jenis dan takat percanggahan yang mungkin
berbangkit.
Liabiliti anggota Lembaga
44. Lembaga hendaklah berhemat dan
bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara
bersama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Koperasi atas
sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa
perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta, Peraturan, perintah
atau Undang-undang Kecil ini serta aturan aktiviti yang dibuat di bawahnya atau
arahan mesyuarat agungnya.
Tugas pengerusi
45. (1) Pengerusi hendaklah
menjalankan tugas seperti berikut:
(a) mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga;
(b) mengawasi segala wang, harta dan perniagaan Koperasi dikendalikan
mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
(c) menandatangani minit mesyuarat yang disahkan;
(d) memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi, menurut Peraturan, bersama
setiausaha melalui satu akuan yang
bertarikh dan ditandatangani;
(e) memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga, bila perlu;
(f) mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod
dan dokumen Koperasi pada bila-bila
masa dan melaporkan kepada Lembaga;
(g) menandatangani permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang
Kecil dan dokumen lain yang berkaitan
bersama dua anggota Lembaga; dan
(h) menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja Koperasi.
(2) Tugas
pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1) boleh diamanahkan kepada mana-mana anggota
Lembaga, jika perlu.
Tugas setiausaha
46. (1) Setiausaha
hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
(a) memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan
mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala
laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat
itu;
(b) merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat;
(c) menyenggara dan mengemas kini semua daftar anggota, daftar penama,
buku dan laporan yang dikehendaki oleh Lembaga;
(d) menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan
oleh Lembaga;
(e) mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara
yang bertulis di dalam buku Koperasi;
(f) menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi; dan
(g) menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(2)
Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus atau pekerja tertakluk kepada persetujuan
Lembaga.
Tugas
bendahari
47. (1) Bendahari
hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
(a) mengendalikan segala wang, harta dan perniagaan Koperasi mengikut dasar
yang ditetapkan oleh Lembaga;
(b) menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran
mengikut arahan Lembaga;
(c) menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam
tempoh dua puluh empat jam hari
bekerja daripada penerimaannya;
(d) mengeluarkan resit, menyediakan baucar dan surat lain mengikut arahan Lembaga;
(e) menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga
untuk memenuhi perbelanjaan
runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun
ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu;
(f) menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan kemaskini
supaya dapat diperiksa pada bila-bila
masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
(g) menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk
dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga;
(h) menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang
menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan
dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga
sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan;
dan
(i) menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar
dengan secara dibutirkan satu persatu agi
sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah
diluluskan oleh mesyuarat agung.
(2) Mana-mana
tugas bendahari boleh diamanahkan kepada pengurus
atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
Jawatankuasa Audit Dalaman
48. Menurut subseksyen 42A(1) Akta,
Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi hendaklah mengandungi tiga orang, terdiri daripada anggota
yang dilantik oleh Lembaga, menurut perenggan (g) undang-undang
kecil 41.
Kelayakan
menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
49. Tiada seorang pun layak menjadi
Jawatankuasa Audit Dalaman atau kekal sebagai seorang Jawatankuasa Audit
Dalaman jika dia─
(a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta;
(b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi;
(c) menjadi anggota Lembaga Koperasi ini; atau
(d) menerima apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini.
Tempoh
memegang jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman
50. (1) Tempoh
perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa Audit Dalaman
ini adalah satu tahun atau sehingga mesyuarat agung tahunan akan datang, yang mana terdahulu. Perkhidmatan mereka boleh disambung semula setelah diputuskan
oleh mesyuarat Lembaga.
(2) Kekosongan
dalam Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah diisi oleh Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh
pengosongan jawatan dengan
melantik mana-mana anggota yang layak.
Penamatan
Jawatankuasa Audit Dalaman
50A. Seseorang atau kesemua Jawatankuasa Audit Dalaman boleh
ditamatkan jawatannya oleh Lembaga jika dia –
(a)
gagal berfungsi menurut fasal (2) dan fasal (4) perenggan (b) dan (c)
undang-undang kecil 52;
(b)
gagal memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan koperasi dan anggotanya terpelihara;
(c) menggunakan
maklumat Koperasi untuk kepentingan peribadi;
atau
(d)
melakukan perkara yang memudaratkan kepentingan Koperasi.
Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
51. (1) Jawatankuasa
Audit Dalaman hendaklah mempunyai kuasa-
(a)
memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak
langsung dengan
Koperasi dan subsidiarinya, jika ada;
(b) memanggil
mana-mana orang yang dikehendakinya supaya
mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat
atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan,
bagi
memastikan hal-ehwal dan perniagaan Koperasi dijalankan
mengikut matlamat penubuhan, Akta, Peraturan, garis
panduan, Undang-undang Kecil, mana-mana undang-undang
bertulis lain dan keputusan mesyuarat agung serta mesyuarat Lembaga.
(2) Jawatankuasa
Audit Dalaman hendaklah menjalankan tugas seperti
berikut:
(a) memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan;
(b) memeriksa akaun Koperasi pada lat-lat masa yang tetap dan tidak boleh kurang daripada
sekali dalam tempoh tiga ulan;
(c) memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan
Koperasi dengan serta-merta; dan
(d) mengemukakan kepada Lembaga laporan mengenai pengurusan dan hal-ehwal
Koperasi termasuk pelanggaran terhadap
Akta, Peraturan atau Undang-undang Kecil.
(3)
Jawatankuasa Audit Dalaman, tertakluk kepada kelulusan Lembaga dibayar upah, tetapi amaun upah itu tidak boleh
melebihi jumlah wang
ditetapkan oleh mesyuarat agung.
(4) Jawatankuasa
Audit Dalaman hendaklah─
(a) melantik dikalangan mereka seorang ketua;
(b) bersidang tidak kurang daripada empat kali setahun; dan
(c) mengemukakan laporan bertulis kepada Lembaga dan Suruhanjaya
sekurang-kurangnya empat kali setahun.
BAHAGIAN VI
HARTA DAN WANG KOPERASI
Wang dan Kumpulan Wang Koperasi
52. (1) Wang dan Kumpulan Wang Koperasi boleh mengandungi─
(a) fi masuk, syer dan yuran anggota;
(b) simpanan khas daripada anggota;
(c) pinjaman atau deposit daripada anggota dan bukan anggota;
(d) Kumpulan Wang Rizab Statutori;
(e) Akaun Rizab Modal;
(f) Kumpulan Wang Penebusan Syer;
(g) derma dan pemberian tertentu;
(h) baki keuntungan terkumpul; dan
(i) kumpulan wang lain yang diluluskan oleh mesyuarat agung.
(2) Kumpulan
wang Koperasi selain daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal (1) undang-undang kecil 9.
Modal syer
53. (1) Menurut perenggan 50(b) Akta,
setiap anggota hendaklah melanggan RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu ratus) syer
sebagai sumbangan
minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan menurut fasal (2). Syer minimum ini tidak
boleh dikeluarkan kecuali selepas
keanggotaan anggota itu tamat.
(2) Tempoh
menjelaskan syer minimum menurut fasal (1) adalah sebagaimana berikut:
(a) seseorang yang turut
sama dalam permohonan pendaftaran
Koperasi ini atau yang telah menandatangani minit
mesyuarat agung permulaan Koperasi hendaklah menjelaskan
syernya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perakuan
pendaftaran diterima oleh Koperasi; dan
(b) seseorang yang
diterima menjadi anggota mengikut undang-undang
kecil 15 hendaklah menjelaskan syernya dalam
tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaannya sebagai Anggota.
Simpanan khas, deposit atau pinjaman
54. (1) Koperasi boleh
menerima daripada anggotanya:-
(a) simpanan khas seperti yang ditetapkan dalam aturannya dan wang ini boleh dikeluarkan
dari semasa ke semasa; atau
(b) deposit dan pinjaman.
(2) Koperasi
boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menerima deposit
atau pinjaman daripada bukan anggota Koperasi.
(3) Fasal
(2) tidak terpakai kepada deposit atau pinjaman yang diberikan oleh kerajaan.
(4) Pada
setiap mesyuarat agung tahunan, Koperasi hendaklah─
(a) memberitahu anggotanya mengenai pinjaman daripada anggota menurut subseksyen
52(3) Akta; dan
(b) menetapkan had maksimum keterhutangan yang sedia ada dan yang baru akan
ditanggung dalam tahun akan datang.
Pindahan syer
55. (1) Seseorang
anggota boleh memindahkan syernya yang melebihi sumbangan minimum menurut fasal (1) undang-undang kecil 54 kepada anggota lain dengan menandatangani
borang pemindahan syer.
(2) Pindahan
syer tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah didaftarkan
oleh Koperasi.
(3) Syer
seseorang anggota yang mati boleh dipindahkan kepada penama. Bagi anggota Muslim, pemindahan tersebut hendaklah menurut fasal (1) undang-undang
kecil 18.
(4) Pemindahan
syer tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu.
Penyelesaian modal syer
56. (1) Jika pemindahan
syer tidak dapat dibuat menurut undang-undang kecil
56, bagi seseorang anggota yang tamat keanggotaannya oleh apa-apa sebab jua pun, maka syernya yang
diperihalkan di dalam undang-undang
kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk kepada fasal (2).
(2) Syer
boleh ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer dan Kumpulan Wang Rizab Statutori tertakluk kepada Peraturan.
Nilai tebusan syer ini hendaklah
mengikut sebagaimana yang ditunjukkan dalam
akaun teraudit terakhir bagi Koperasi akan tetapi tidak boleh melebihi nilai asalnya.
(3) Syer
yang ditebus menurut fasal (2) boleh jika diluluskan oleh mesyuarat agung, diterbitkan semula
sebagai syer bonus.
Keuntungan modal
57. (1) Menurut
subseksyen 55 (1) Akta, semua keuntungan modal yang diperolehi daripada perkara berikut hendaklah dikreditkan ke Akaun Rizab Modal─
(a) penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya sebagai harta tetap;
dan
(b) penilaian semula tanah
atau bangunan, atau kedua-duanya,
sebagai harta tetap, dengan kelulusan Suruhanjaya.
(2) Keuntungan
modal menurut perenggan (a) fasal
(1) boleh, jika diluluskan oleh
mesyuarat agung, digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a) penerbitan syer bonus;
(b) penghapusan kira kerugian terkumpul;
(c) penghapusan kira kerugian modal; dan
(d) pewujudan suatu Kumpulan
Wang Penebusan Syer Bonus.
(3) Syer
bonus boleh diterbitkan menurut Peraturan berasaskan kepada:-
(a) jumlah syer yang
dipegang oleh tiap-tiap anggota; atau
(b) penerbitan semula
daripada syer bonus yang ditebus,
dengan syarat:
(i) syer
menurut perenggan (a) dan (b),
dipegang dalam
tempoh masa dua belas bulan sebelum tarikh
pengisytiharan syer bonus;
(ii) nama
anggota yang akan menerima syer itu ada
dalam daftar Koperasi pada tarikh pengisytiharan
syer bonus itu;
(iii) semua
kerugian terkumpul dan semasa telah dihapuskira;
dan
(iv) buku
dan rekod Koperasi telah disenggara dengan
memuaskan menurut pendapat Suruhanjaya.
(4) Syer
bonus yang diterbitkan daripada keuntungan modal menurut perenggan (b) fasal
(1) boleh dengan kelulusan Lembaga─
(a) dipindahkan kepada anggota lain Koperasi ini; atau
(b) dikeluarkan dalam hal anggota yang mati.
(5) Pemindahan atau pengeluaran
menurut fasal (4) dibayar daripada Kumpulan
Wang Penebusan Syer Bonus Koperasi.
Kumpulan Wang Rizab Statutori
58. (1) Menurut
subseksyen 57(1) Akta, Koperasi ini hendaklah menyenggarakan
satu Kumpulan Wang Rizab yang kepadanya tidak kurang
dari 15% (lima belas peratus) dari keuntungan bersih terauditnya dan ndaklah dikreditkan..
(2) Kumpulan
Wang Rizab ini tidak boleh dibahagi-bahagikan dan tiada anggota yang berhak menuntut apa-apa bahagian tertentu daripadanya.
(3) Koperasi boleh membuat pembayaran
balik syer daripada Kumpulan
Wang Rizab, dan pada setiap masa baki dalam kumpulan
wang tersebut hendaklah tidak kurang daripada lima belas peratus
daripada jumlah syer dan yuran anggota Koperasi berkenaan.
Simpanan
khas
59. Menurut perenggan 50(d) Akta,
Koperasi boleh menerima simpanan khas daripada anggota tertakluk kepada terma
dan syarat yang dibuat menurut fasal (4) undang-undang kecil 9 dan wang ini
bolkeh dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Pinjaman luar dan deposit
60. (1) Tertakluk kepada subseksyen
52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan,
Koperasi boleh menerima deposit atau meminjam wang daripada anggotanya dan dengan kelulusan Suruhanjaya,
daripada bukan anggota Koperasi.
(2) Peruntukan fasal (1) tidak
terpakai kepada deposit atau pinjaman yang
diberikan oleh Kerajaan.
(3) Pada
setiap mesyuarat agung, Koperasi hendaklah –
(a) memberitahu
anggotanya mengenai deposit atau pinjaman, menurut subseksyen 52(3) Akta; dan
(b) menetapkan
had maksimum keterhutangan yang sedia ada
ada yang baru akan ditanggung dalam tahun akan datang.
Pelaburan
wang
61. (1) Wang berlebihan Koperasi boleh
dilabur tertakluk kepada peruntukan
seksyen 54 Akta dan Peraturan.
(2) Had maksimum yang boleh
dilaburkan oleh Koperasi bagi sesuatu
maksud hendaklah ditentukan oleh mesyuarat agung.
Pemberian pinjaman oleh Koperasi
62. Menurut seksyen 51 Akta, Koperasi
boleh memberi apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit lain kepada─
(a) Anggotanya, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam
aturan yang diluluskan oleh mesyuarat
agung;
(b) pekerjanya, termasuk ketua pegawai eksekutif tertakluk kepada terma dan syarat
perkhidmatan mereka; atau
(c) subsidiarinya atau koperasi lain, tertakluk kepada kelulusan
Suruhanjaya.
Pengagihan untung bersih teraudit
63. (1) Keuntungan bersih teraudit Koperasi seperti yang
ditunjukkan dalam akaun untung
rugi menurut seksyen 56 Akta, hendaklah diagihkan,
tertakluk kepada seksyen 57 Akta, seperti berikut:
(a) sebanyak mana yang
ditentukan menurut fasal (2) undang-undang
kecil 59 dipindahkan kepada Kumpulan Wang
Rizab Statutori; dan
(b) sebanyak mana yang
ditentukan dari semasa ke semasa oleh
Suruhanjaya dibayar kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang
Amanah Pembangunan
Koperasi.
Disyaratkan bahawa menurut subseksyen 57(4) Akta, boleh
ditolak apa-apa bayaran yang dibuat menurut perenggan (b)fasal
(1) daripada jumlah wang menurut perenggan (a) fasal
(1).
(2)
Selepas pengagihan menurut fasal (1), dan peruntukan cukai pendapatan, jika ada, baki untung
bersih teraudit, boleh digunakan bagi
semua atau mana-mana maksud yang berikut:-
(a) pembayaran potongan langganan;
(b) pembayaran dividen atas syer dan yuran anggota sebagaimana
yang ditentukan oleh arahan atau garis panduan;
(c) pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga yang tidak boleh, bagaimanapun,
melebihi jumlah wang yang disyorkan
oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh
Suruhanjaya; atau
(d) pemindahan kepada pelbagai kumpulan wang untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat.
(3) Pembayaran
dividen daripada mana-mana sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih
dahulu daripada Suruhanjaya,
yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-apa kadar maksimum sebagaimana yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan.
(4) Menurut
subseksyen 57(7) Akta, bayaran kepada perkara-perkara menurut perenggan (b) fasal
(1), fasal (2) dan (3), boleh dibuat hanya jika
semua kerugian terkumpul telah dihapuskira sepenuhnya.
(5)
Dengan kelulusan Suruhanjaya, Koperasi boleh, sekiranya kerugian terkumpul tidak dihapuskira sepenuhnya,
menggunakan untung bersih terauditnya
untuk pembayaran dividen kepada anggotanya
yang tidak boleh melebihi lima
peratus daripada jumlah syer atau yuran
anggota, menurut subseksyen 57(8) Akta.
Dividen dan potongan langganan
64. (1) Kadar dividen
yang dibayar atas syer dan yuran kepunyaan seseorang
anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan menurut Peraturan, hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan kelulusan Suruhanjaya.
Seseorang yang namanya tidak ada di
dalam daftar nama anggota Koperasi pada tarikh akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak
menerima dividen.
(2) Dividen
hendaklah dikreditkan ke akaun modal yuran anggota sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara
tunai dalam tempoh tiga puluh hari
dari tarikh dividen itu diisytiharkan.
(3) Potongan
langganan boleh diberi hanya jika langganan seseorang
anggota tidak kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia :
Satu ribu) dalam
tahun kewangan yang berkenaan.
BAHAGIAN VII
AKAUN DAN AUDIT
Tahun kewangan
65. Tahun kewangan Koperasi ini
bermula pada satu haribulan September dan
berakhir pada tiga puluh satu haribulan Ogos setiap tahun.
Penyenggaraan akaun
66. (1) Menurut
seksyen 58 Akta, Lembaga hendaklah menyenggara dengan
sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan
Koperasi dan subsidiarinya,
jika ada, yang berkaitan dengan─
(a) harta tetap, pelaburan dan deposit;
(b) syer, yuran serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan
(c) aktiviti yang dijalankan.
(2) Catatan
dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut fasal (1) hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak
lewat daripada tiga puluh hari dari
selesai sesuatu transaksi, menurut subseksyen
58(2) Akta.
(3) Penyediaan
akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi dan kunci
kira-kira hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas
tamatnya tahun kewangan supaya dapat
diaudit.
(4) Akaun
menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah dibentangkan
di dalam mesyuarat agung tidak lewat daripada enam bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu.
(5) Rekod
perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan─
(a) di pejabat berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau di mana-mana
tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga,
menurut subseksyen 58(4) Akta; dan
(b) selama enam tahun selepas diaudit menurut Peraturan.
(6) Rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada
bila-bila masa mengikut syarat
pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.
(7)
Lembaga boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk mengemaskinikan rekod perakaunan bagi
memastikan rekod tersebut dapat
diaudit dalam tempoh yang ditetapkan.
(8) Suruhanjaya
boleh, menurut subseksyen 58(5) Akta, dalam kes tertentu memerintahkan supaya rekod perakaunan Koperasi diserahkan untuk diperiksa oleh
seseorang juruaudit yang bertindak bagi
pihak seseorang anggota atau pegawai.
(9) Suatu
senarai terperinci butiran perbelanjaan Lembaga dan bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga
dan jawatankuasa hendaklah dimasukkan
dalam nota kepada akaun untung
rugi Koperasi, menurut Peraturan.
Resit dan baucar
67. (1) Resit-resit
Koperasi hendaklah dikeluarkan bagi semua wang atau
penerimaan lain seperti cek dan wang pos yang diterima. Resit itu hendaklah ditandatangani oleh
bendahari atau pegawai yang diberi
kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(2) Baucar
hendaklah disediakan bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh Koperasi. Baucar tersebut hendaklah
ditandatangani atau diluluskan
oleh bendahari atau pengurus serta disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke
semasa.
Pelantikan dan kewajipan juruaudit
68. (1) Lembaga hendaklah
melantik seorang juruaudit mengaudit akaun Koperasi,
menurut subseksyen 60(1)Akta.
(2) Juruaudit yang dilantik menurut fasal (1) hendaklah
dipilih oleh mesyuarat Lembaga
daripada panel yang diluluskan oleh mesyuarat agung
dan mengemukakan satu salinan surat
cara pelantikan kepada
Suruhanjaya, menurut Peraturan.
(3) Juruaudit
berkewajipan untuk mengaudit akaun dan rekod Koperasi
dan hendaklah memberi laporan mengenai penyata 8 kewangan yang dikemukakan oleh Koperasi selepas
berakhirnya tahun kewangan itu
untuk perhatian Suruhanjaya serta anggota Koperasi,
menurut seksyen 63 Akta.
Penyerahan buku dan dokumen untuk diaudit
69. Menurut Peraturan, suatu senarai buku dan dokumen Koperasi hendaklah
disediakan oleh Koperasi dan diserahkan kepada juruaudit untuk ditandatangani
sebagai pengakuan penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh
Koperasi.
Mengemukakan penyata kewangan dan
laporan kepada anggota
70. Satu salinan penyata berikut
hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap anggota tidak lewat daripada lima belas hari sebelum
mesyuarat agung tahunan─
(a) akaun perdagangan;
(b) akaun untung rugi;
(c) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
(d) kunci kira-kira dan laporan Lembaga mengenai kedudukan
hal-ehwal Koperasi dan subsidiari yang telah dikemukakan
untuk mendapat pandangan Suruhanjaya, menurut
subseksyen 59(2) Akta;
(e) laporan juruaudit; dan
(f) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman.
BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
Akaun bank
71. Akaun bank bagi Koperasi hendaklah
diuruskan oleh mana-mana orang iaitu pengerusi atau setiausaha dan bendahari
atau dua orang pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke
semasa.
Mohor Koperasi
72. (1) Koperasi
hendaklah mempunyai satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas
mana-mana surat
melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi, setiausaha dan bendahari atau
pegawai-pegawai lain yang
diberi kuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan.
(2) Dokumen
yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan
atau tidak, dan ditandatangan dengan sahnya oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau pegawai lain
yang diberi kuasa oleh Lembaga
hendaklah disifatkan mengikat ke atas Koperasi sehingga
sebaliknya dibuktikan.
Pertukaran alamat anggota
73. Tiap-tiap anggota hendaklah
memberitahu setiausaha akan pertukaran alamatnya dalam tempoh tiga puluh hari.
Semua surat
kepada anggota yang dihantar dengan pos atau dikirimkan kepada alamatnya yang
terakhir hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan.
Penyediaan dokumen untuk diperiksa
74. (1) Menurut
seksyen 13 Akta, Koperasi hendaklah menyediakan perkara berikut yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota
Koperasi sahaja tanpa
apa-apa bayaran, pada masa-masa yang munasabah di
alamat berdaftar Koperasi─
(a) suatu salinan Akta dan Peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan;
(b) suatu salinan Undang-undang Kecil dan akaun teraudit yang terakhir;
(c) suatu senarai anggota;
(d) suatu senarai anggota Lembaga;
(e) nama ketua pegawai eksekutif, jika ada; dan
(f) suatu senarai pegawai Koperasi yang berkenaan dengan pengurusan Koperasi, jika ada.
(2) Koperasi
hendaklah juga menyediakan aturan aktiviti untuk diperiksa oleh anggota, jika ada.
Penyerahan
tugas
75. Penyerahan tugas hendaklah
dilakukan secara bertulis apabila berlaku pertukaran bagi apa-apa jawatan dalam
Koperasi dan disempurnakan dalam tempoh tidak lewat daripada empat belas hari
selepas berkuatkuasanya pertukaran itu.
Laporan oleh seseorang yang dilantik
mewakili Koperasi
76. (1) Seseorang
yang dilantik untuk mewakili Koperasi di dalam apa-apa mesyuarat, seminar, forum atau lawatan sambil belajar
atas perbelanjaan
Koperasi sama ada di dalam atau di luar negeri, menurut Peraturan, hendaklah
mengemukakan laporan ringkas kepada
mesyuarat agung tahunan yang akan datang yang terawal diadakan bagi Koperasi.
(2) Jika
orang itu gagal mengemukakan laporan, dia hendaklah membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung
oleh Koperasi. Koperasi berhak
mendapatkan balik setiap perbelanjaan tersebut
seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada Koperasi.
Pelantikan Yang Dipertua
77. Lembaga boleh melantik seorang kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada
Koperasi. Dia hanya bertindak sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana
mesyuarat yang diadakan oleh Koperasi tetapi tidak mempunyai hak untuk
mengundi.
Pertikaian
78. (1) Segala pertikaian menurut
subseksyen 82(1) Akta, yang menyentuh hal
penubuhan, Undang-undang Kecil, pemilihan pegawai,
perjalanan mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan Koperasi hendaklah dirujuk
kepada Suruhanjaya, menurut Peraturan.
(2) Mana-mana
anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya hendaklah dianggap
telah bertindak dengan cara yang
memudaratkan kepentingan Koperasi dan boleh dikenakan tindakan menurut undang-undang kecil 23.
(3) Segala
pertikaian selain daripada yang dinyatakan menurut subseksyen 82(1) Akta hendaklah dirujuk kepada mesyuarat
agung Koperasi untuk
penyelesaian. Apa-apa pertikaian yang tidak dapat diselesaikan hendaklah diputuskan oleh Suruhanjaya dan keputusannya adalah muktamad.
Pemeliharaan kerahsiaan
79. Anggota Lembaga, pegawai, pekerja,
juruaudit atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada maklumat mana-mana
anggota yang diperolehi dalam melaksanakan perniagaan atau tugas dengan
Koperasi, tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak boleh
dizahirkan kepada mana-mana orang tanpa izin anggota melainkan yang dibenarkan
oleh undang-undang bertulis.
Pembubaran
80. Koperasi hanya boleh dibubarkan
dengan perintah Suruhanjaya.
Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil
81. (1) Undang-undang Kecil ini
adalah dibuat menurut Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada
peruntukan Akta dan Peraturan. Apa-apa pindaan
kepada Undang-undang Kecil ini tidak boleh dibuat melainkan dengan kehendak atau kebenaran Suruhanjaya. Aturan aktiviti tidak boleh dibuat melainkan
dengan kelulusan mesyuarat agung.
(2) Apa-apa
urusan Koperasi hendaklah tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan aktiviti
dan hendaklah dibaca bersekali.
Undang-undang
Kecil hendaklah mengikat anggota
82. Menurut seksyen 17 Akta, Undang-undang Kecil ini
hendaklah mengikat Koperasi dan anggotanya sehingga takat yang sama
seolah-olah Undang-undang Kecil ini telah ditandatangani oleh tiap-tiap anggota
dan mengandungi waad pada pihak tiap-tiap anggota bagi dirinya sendiri
dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan Undang-undang
Kecil ini.
Diakui Undang-undang Kecil ini telah dibentang, dibincang dan diterima
di dalam mesyuarat agung permulaan Koperasi Keluarga Salwa Ipoh Berhad bertarikh
xx / xx /2015.